loading

* Sports For All 2023

Wesley Methodist School Kuala Lumpur (Private)

Alah biasa tegal biasa 

Kelebihan yang dimiliki oleh setiap murid sesungguhnya unik. Seyogia, mereka wajib diberikan peluang dan layanan yang sama supaya dapat mencungkil bakat terpendam ketika mereka masih menuntut ilmu di sekolah. Pihak Sekolah Methodist Wesley (Menengah) Kuala Lumpur, telah mengadakan Sports For All 2 pada 27 Oktober 2023 di Kompleks Sukan Setiawangsa, Kuala Lumpur. Tujuan perdana SFA2 ini adalah untuk menguji daya tahan murid sebagai remaja di sekolah melalui acara balapan yang meliputi larian 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter dan
4 x 400 meter.  

Semua murid telah diwajibkan untuk menyertai setiap acara yang telah diadakan untuk merasai pengalaman seorang olahragawan atau olahragawati di stadium di samping menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing melalui penyertaan mereka. Kesemua murid telah menunjukkan komitmen masing-masing untuk menghabiskan larian dengan jayanya. Aforisme di mana ada kemahuan di situ ada jalan memang padan untuk menghuraikan prakarsa semua murid secara literal. 

Inisiatif ini dapat menjadi titik tolak kepada semua murid untuk melebarkan langkah mereka dalam dunia sukan jika sebelum ini kurang berkeyakinan untuk mencuba nasib dalam acara larian.