loading

* PEA Part 7- Games For All

Wesley Methodist School Kuala Lumpur (Private)

Post Exam Activities 7 – Games for All

7th February 2024, Kuala Lumpur –“Ini kalilah” itulah laungan setiap anak murid Wesley KLP apabila bertarung di gelanggang untuk memenanggi perlawanan antara rumah sukan. Perlawanan bola keranjang, futsal dan bola tampar telah dianjurkan oleh unit sukan sekolah sebagai salah satu aktiviti utama aktiviti pascapeperiksaan akhir tahun.  

Semangat kesukanan yang menebal tersemai dalam atma setiap anak murid kami terserlah apabila melihat sorakan dan tepukan yang gemuruh  ketika rumah sukan mereka menjuarai pertandingan-pertandingan yang telah diadakan.  

Pelibatan penuh daripada anak-anak Wesley dalam kesemua pertadingan telah mencapai objektif utama GFA 2 ini secara holistik. Tidak dapat kami nafikan bahawa aktiviti ini bukan sahaja telah menjadi adegan menarik sebagai penutup tirai sebelum kami melangkah keluar dari sekolah untuk menikmati cuti tahunan malah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus maju dalam bidang sukan.